Cerita ArtisHiburan

Shuib & Siti Sarah Serta Anak-Anak Telah Disahkan Positif Covid-19

Usahawan dan pelawak popular, Shuib memaklumkan bahawa dia sekeluarga telah disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Shuib menerusi satu posting di Instagram miliknya.

“Assalammualaikum semua,hasil swap test smlm, Kami sekeluarga didapati POSITIF COVID-19. InsyaAllah walaupon ujian ini agak berat buat kami sekeluarga,pasti dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini.

“DOAKAN KAMI SEKELUARGA KEMBALI SIHAT TERUTAMANYA @sitisarahraissuddin YG MENGANDUNG 7 BULAN,” ujarnya.

Sebelum ini, Shuib pernah menyatakan bahawa pembantu rumahnya telah disahkan Covid-19 menyebabkan dia sekeluarga telah melakukan ujiab swab.

Sementara itu, Siti Sarqah memaklumkan bahawa segala urusan dan perniagaannya akan berjalan seperti biasa.

“Sarah nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan & perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di IG ni bagi pihak Sarah.

“And Sarah & keluarga nak kekal positif & melihat ape yang terjadi ni sebagai satu hikmah. Doakan sarah & family segera sembuh ya. Terima kasih,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button