Cerita ArtisHiburan

Shuib & Watie Nikah 23 Jun Ini… Dapat Tajaan Lebih RM1 Juta, Hanya Majlis Nikah & Tiada Acara Resepsi

Pelawak dan usahawan popular, Shuib mengumumkan dia akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Watie pada 23 Jun ini.

Shuib berkata, dia dan bakal isterinya sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan sahaja pada hari tersebut.

Membesar dengan Astro, 12 tahun. Ada beberapa program yg saya terhutang budi.

“Saya  majlis tak besar. Dgn program ini peminat boleh tengok perjalanan perkahwinan kami.

“Saya dah Watie dah sepakat, kami hanya akan buat majlis pernikahan sahaja dan tiada majlis resepsi dan ini telah dipersetujui kedua-dua belah keluarga.

“Memang kami rancang tak buat majlis yang besar dah gemilang, cuma akan ada pelamin untuk bergambar dan meraikan bersama keluarga nanti,” ujarnya.

Shuib berkata demikian ketika ditemui semasa sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahan mereka.

Sebelum ini, pasangan berkenaan telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Dalam pada itu, Shuib memaklumkan majlis pernikahannya nanti mendapat tajaan bernilai lebih RM1 Juta. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button