Cerita ArtisHiburan

“Shuk Please Matang! Jangan Buat Para Isteri Macam Ni!” – Kecik Harap Isteri Shuk Sahar Harungi Dengan Tabah

Hari ini industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan isteri kepada Shuk Sahar yang mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Fara Salleh.

Malah, perkara ini turut mendapat perhatian salah seorang penyanyi iaitu bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik yang juga pernah menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan sebelum ini.

Menerusi perkongsiang di Twitter, Kecik hanya berpesan supaya isteri kepada Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menghadapi keadaan tersebut dengan tabah.

“Eh jadi pulak? Kecik harap wife shuk (sera) dapat harungi semua ni dgn tabah..

“Shuk please matang! Jangan buat para isteri macam ni!” tulisnya.

> Baca: Kecik Dedah Pernah Tinggal Serumah, Kerap Dipukul Fara Salleh

Sebelum ini, Kecik pernah membuat pendedahan yang mengatakan dia pernah menjalinkan hubungan dengan Fara, malah mengaku pernah tinggal serumah.

Biarpun mendapat kecaman netizen, penyanyi itu menjelaskan pendedahan yang dibuat itu hanyalah mahu memberi pengajaran kepada orang ramai. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram & Twitter Kecik Ogie

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
7
+1
16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button