Cerita ArtisHiburan

“Siapa Ambil Gambar, Siapa Pandang Rendah Kat Jiran Sendiri, Sila Keluar Group” – Altimet Beri Peringatan Kepada Ahli Kumpulan Misi Bantuannya

Penyanyi popular Altimet memberi peringatan kepada ahli kumpulan misi bantuannya supaya tidak mengambil gambar atau memandang rendah kepada kepada jiran ketika menyampaikan bantuan.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya, Altimet menyatakan sesiapa yang berbuat demikian boleh keluar daripada kumpulannya itu.

“Sekali lagi jangan ambil gambar siapa-siapa. Kalau siapa-siapa ambil gambar upload, keluar daripada team.

“Jangan pandang rendah pada dorang semua, jiran kita. Benda ni boleh jadi kat kita,” ujarnya.

Pada caption di video berkenaan, Altimet juga menyatakan ia adalah peraturan yang telah ditetapkan.

“These are the rules. If you do not or cannot follow the rules, leave the group before I ask you to leave,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat penyanyi berkenaan memuji peraturan yang telah dibuat oleh Altimet. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button