Boleh dikatakan sudah empat tahun berturut-turut usahawan popular, Datuk Seri Aliff Shukri akan tampil dengan lagu raya baharu.
Tidak ketinggalan pada tahun ini apabila Aliff akan muncul lagi dengan lagu baharu Cak Cun Cak Raya, di mana video teaser sudah dikongsikan di akaun Instagram miliknya.
“Beri laluan lagu raya no1 trending 4tahun berturut.. Cak cun cak raya..
“Semoga dengan lagu raya ini memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.. dari artis no1 Malaysia,” tulisnya.
Bagaimanapun, ternyata video berkenaan telah mendapat kecaman hebat netizen gara-gara pakaian yang dipakai olehnya bersama penari iringan.
Dalam video berkenaan, Aliff kelihatan tampil memakai seakan-seakan Baju Melayu serta bersampin, tetap baju tersebut kelihatan cukup ketat.
Malah, ada yang menyifatkan baju yang dipakainya itu seolah-olah seperti pakaian renang serta ada yang mengatakan dia sengaja berbuat sedemkian untuk menarik perhatian.
Selain itu, ada juga netizen yang memberi peringatan agar usahawan itu mengenang kembali peristiwa dipanggil pihak SKMM gara-gara kontroversi muzik video Kelepok Raya pada tahun lalu.
“Sengaja je dia provoke buat baju macam tu orang kecam, dia akan dapat attention. Orang akan sebut, ni semua marketing, lepas tu keluar la video nangis minta maaf.
“Asal nk raya je dato mesti ada masalah mental. Semoga Aliff Syukri diberi kesihatan yg baik. Kesian anak2,” komen beberapa orang netizen.
Pada masa sama, penampilan Aliff juga turut mendapat kecaman seorang pereka fesyen iaitu Jimmy Couture yang melihat penampilan berkenaan seperti perosak budaya.
“Maaf ya . Siapa lagi yang nak pertahakan budaya kita kalau kita sendiri menjadi perosak budaya .. ? . . I x nak cakap ni baju kebangsaan sbb x de point pon . Mmg x de rupa baju melayu . Tapi bila di pakai dengan songkok dan samping maknanya ?
“Nanti org negara luar tgk , dia akan gelakkn negara kita sbb mcm ni la .. dah la kita kurang budaya, banyak budaya yg dtg dari luar berhijrah di Malaysia. Bila dah ada yg original , x nak pulak kita hargai,” tulisnya di ruangan komen. – KopiPlanet.com