Cerita ArtisHiburan

“Siapa-Siapa Nak Menyondol Tu, Mungkin Kena Lebih Berhati-Hati…” – Puteri Sarah Nekad Saman Ira Kaza, Buat Keputusan Setelah Pulang Umrah

Selepas empat tahun, akhirnya pelakon popular Puteri Sarah telah mengambil tindakan saman terhadap Ira Kaza yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan suaminya, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, tindakan berkenaan dibuat setelah mendakwa dirinya sering diganggu individu berkenaan, termasuk menggunakan fake account di media sosial.

“Sekarang ini saya rasa lega, lepas balik umrah saya memang dah tekad dengan keputusan ni (tindakan saman) dan saya tak main-main.

“Kalau boleh saya tak nak jadi macam ni, tetapi setelah asyik dicabar pihak ketiga, saya lakukan. Empat tahun saya berdiam diri sebab nak bagi peluang, tak nak satu Malaysia tahu,” ujarnya.

Puteri Sarah berkata, dia sememangnya enggan membawa perkara berkenalan ke mahkamah, namun dia terpaksa berbuat demikian dengan mendakwa gadis berkenaan sudah biadap dan tidak mahu maruahnya dipijak-pijak.

Jelasnya, tindakan mahkamah yang diambilnya itu turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang lain, termasuk ibu dan bapa mentuanya.

Dalam pada itu, pelakon itu menyatakan tindakan yang dilakukannya itu juga sekurang-kurang membuka ruang kepada mana-mana wanita yang mengalami nasib sama seperti dirinya.

“Siapa nak menyondol kena lebih berhati-hati…. saya berharap tindakan ini akan mendapat keadilan. Saya lakukan ini sebab nak pertahankan perkahwinan dan perjuangkan hak wanita.

“Buat masa ini, saya tak terfikir pun menang atau kalah… atau berapa jumlah amaun sama. Apa yang pasti, saya akan buat yang terbaik untuk anak-anak,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sebelum ini dia sudah pun membuat satu laporan polis pada tahun 2020, tetapi mendakwa dirinya masih lagi diganggu sehingga terpaksa mengambil tindakan saman. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button