Cerita ArtisHiburan

Sibuk Dengan Kerja, Kimberly Chuah Dah Tiga Tahun Tak Sambut Tahun Baru Cina Bersama Keluarga

Pelakon semakin meningkat naik, Kimberly Chuah menyatakan bahawa ini merupakan tahun ketiga dia tidak dapat menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga.

Kimberly berkata, kekangan kerja apabila terpaksa menjalani penggambaran menjadi sebab utama dia mempunyai kekangan masa untuk menyambut perayaan berkenaan.

“Kalau masuk tahun ni, rasanya dah tiga tahun saya tak dapat sambut Tahun Baru Cina dengan keluarga. Malah, tahun lepas pun saya ada shooting di Perlis.

“Tahun ni pun keadaannya sama memandangkan saya tengah shooting drama Project: Exit. Apapun saya bersyukur apabila ibu tak halang dah tetap beri sokongan,” ujarnya yang merupakan anak tunggal dalam keluarga.

Kimberly berkata demikian ketika ditemui semasa sesi bertemu media di lokasi penggambaran drama Project: Exit yang diadakan semalam.

Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan kerjaya lakonannya, Kimberly memberitahu bahawa dia akan menolak sebarang tawaran berlakon dalam bahasa Cina.

Mengakui tidak begitu fasih dalam bahasa Cina, pelakon itu memberitahu dia lebih banyak bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu di rumah.

“Ibu saya berketurunan baba nyonya Melaka, mendiang bapa saya baba nyonya Penang. Jadi, memang kami jarang bertutur dalam bahasa Cina.

“Jadi, itu yang menyebabkan saya akan menolak tawaran berlakon jika perlu bertutur dalam bahasa Cina sebab saya sendiri pun tak boleh baca jika skrip dalam bahasa Cina,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kimberly tampil dalam drama terbitan Astro Shaw iaitu Project: Exit yang mengangkat isu sosial di asrama pemulihan akhlak.

Drama enam episod ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Mierul Aiman,Naim Daniel, Shasha Abedul dan Nabila Huda. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button