EventHiburan

Siri Jelajah Suria Kembali Temui Peminat Di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur & Lembah Klang

Siri Jelajah Suria kembali menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan ‘80an, 90an, dan terkini!’.

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan membuka tirai pada hari Sabtu, 11 Februari di Paradigm Mall, Johor Bahru, diikuti Zon Utara pada 19 Februari. Lokasi seterusnya di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang pada 25 Februari 2023 dan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac 2023. 

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, Siri Jelajah Suria adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan oleh peminat dan pendengar Suria FM.

“Pada jelajah kali ini, kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama akan berikan kelainan buat para pendengar dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur.

“Pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth ‘Kedai Suria’ seperti edisi terhad Jersey Suria, T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag,” ujarnya.

Jelasnya, wang tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang. 

Lebih mengujakan, Jelajah Suria pada kali ini bakal membariskan lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann dan Ally Axl.

Turut tidak ketinggalan menyertai jelajah berkenaan seperti kumpulan Exists, Khai Bahar, Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Newboyz, Xpose, Azan Scan, Misha Omar, Venus, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos,  Meer Nash, Da Unknown, Wani Annuar, Aiman Zaidi, Heedan Mohd dan ramai lagi.

Selain berhibur dengan persembahan artis, pengunjung juga boleh beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo Xander, DJ Lin dan Anna J. 

Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button