Cerita ArtisHiburan

Siti Aafiyah Mula Masuk Pra Sekolah, Siti Nurhaliza Rasa Hampir Mahu Menangis

Sesi persekolahan yang kembali bermula pada hari ini menyaksikan anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid juga sudah memulakan pra sekolah.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Siti atau Tok Ti menyatakan anaknya itu tidur awal malam tadi dan begitu semangat untuk bersekolah.

“Alhamdullillah, hari ni first day Aafiyah masuk preschool .. Malam semalam Aafiyah tidur awal , bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun.. Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah & ibu dengan baju sekolah.

“Semangat betul dia nak ke sekolah..subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah .. Ayah ibu yang panggil minta salam.. ibu nak nanges.. tapi tahannnn jek,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di posting berkenaan, rata-rata peminat telah memberikan respon positif dan tumpang gembira melihat Aafiyah mula memasuki alam persekolahan.

“Semoga Allah swt pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain .. aamin ya rabb..” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button