HiburanSelebriti

Siti Jamumall Nafi Tuduhan Pura-Pura Sakit Semata-Mata Demi Konten Di Media Sosial

Selebriti media sosial, Siti Jamumall menepis dakwaan segelintir netizen yang tergamak menuduh dirinya sengaja berpura-pura sakit demi secebis konten.

Siti berkata, dia telah ditidurkan semasa menjalani pembedahan bagi mengenalpasti penyebab benjolan di leher baru-baru ini.

“Benjolan itu dah ada beberapa bulan yang lepas. Cuma baru-baru ini, saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan sebab ia makin membesar. Saya dah buat segala prosedur tetapi masih belum dapat kesan. 

“Itu yang kena jalani pembedahan untuk mengenal pasti sama ada tibi atau kanser limfoma. Nak kata saya buat ‘marketing’, memang tidak. Saya dah masuk hari ketiga di wad. Sakit bukan perkara yang boleh dibuat main,” luahnya.

Tegas Siti lagi, dia sendiri tidak tergamak untuk menipu orang ramai hanya semata-mata demi mengejar konten dan populariti semata-mata.

“Kalau nak kata saya sengaja demi konten, memang tak sanggup. Takut berbalik dekat diri sendiri. Penyakit ini walau kita muda sekalipun kalau dah ditakdirkan jadi, memang jadi terus,” katanya.

Pada masa sama, Siti menyatakan dia langsung tidak tersinggung dengan komen-komen kasar di TikTok.

“Saya influencer jadi apa saja berlaku dalam kehidupan akan viral dan ramai orang tahu. Saya baca komen-komen netizen. Dari mata saya, mereka ini baru mengenali saya. 

“Kalau individu yang dah lama kenal, mesti tahu karakter saya macam mana. Kalau nak terasa hati rasanya bagi saya tidak perlu. Sebab tak ramai pun yang mengutuk. Biasalah kehidupan, tak semua orang suka kita.

“Jangan pandang yang negatif. Kita ambil positif saja,” katanya lagi.

Dalam pada itu, meskipun sedang sakit, pemilik nama Siti Suriani Wahiddin itu masih lagi memikirkan keadaan abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) serta anak-anak.

“Saya dari kecil memang jaga abang yang (OKU). Jadi bila saya ditahan di wad, rasa risau itu muncul memikirkan siapa yang akan menjaga mereka di rumah. 

“Walaupun saya mampu saja untuk membayar orang lain untuk mengambil alih tetapi tetap tak sama. Dah terbiasa selalu nampak mereka di depan mata. Itu yang boleh timbul perasaan sebak,” kata Siti.

Selain itu, pengasas produk ini memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

“Yang mana mengenali saya, harapnya mendoakan agar pembedahan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Semoga saya juga kembali sihat seperti sediakala,” katanya. 

Terdahulu, Siti pernah viral sekitar Jun tahun 2021 apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button