Cerita ArtisHiburan

Siti Nurhaliza & Datuk K Kena Kompaun RM10,000, Menteri Agama Serta Tiga Penceramah Popular Dikompaun RM2,000

Pasangan popular Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah dikompaun sebanyak RM10,000.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kompaun berkenaan dikenakan berikutan pelanggaran SOP dalam majlis tahnik anak kedua penyanyi berkenaan.

Selain pasangan tersebut, turut dikenakan kompaun adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu sebanyak RM2,000.

Turut dikenakan kompaun yang sama ada tiga individu lain yang merupakan penceramah popular iaitu Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
8
+1
2
+1
0
+1
7

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button