Cerita ArtisHiburan

Siti Nurhaliza Tidak Dapat Teruskan Menyanyi Lagu Aku Bidadari Syurgamu Apabila Terkenangkan Pemergiaan Siti Sarah

Penyanyi popular nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat meneruskan nyanyian dalam satu rakaman persembahan secara maya apabila terkenangkan pemergiaan Siti Sarah.

Dalam satu video yang kini viral, Siti Nurhaliza tidak dapat meneruskan nyanyian lagu Aku Bidadari Syurgamu dan dilihat mengesat air matanya.

“Siang tadi (semalam) @ctdk membuat rakaman virtual show (korporat) dan beliau tidak dapat meneruskan nyanyian lagu Aku Bidadari Syurgamu dan meminta lagu tersebut ditukar kepada lagu lain.

“Sayangnya beliau kepada arwah @sitisarahraissudin,” tulis kenyataan di video berkenaan.

Awal pagi semalam, arwah Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir setelah beberapa hari bertarung nyawa setelah mengalami masalah oksigen akibat positif Covid-19.

Sebelum meninggal dunia, arwah sempat melahirkan seorang cahaya mata lelaki menerusi satu pembedahan yang dilakukan pada Jumaat lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button