Cerita ArtisHiburan

Siti Saleha Sah Bercerai Talak Satu, Reda Jodoh Dengan Bekas Suami Hanya Selama Empat Tahun

Pelakon popular Siti Saleha akhirnya sah mengambil keputusan untuk bercerai dengan bekas suaminya Ahmad Lutfi Azhar dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor. 

Siti Saleha berkata perceraian itu berlaku secara baik, malah menerima reda jodohnya dengan bekas suaminya itu hanya bertahan selama empat tahun.

“Untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik dan jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. 

“Itu sajalah yang boleh saya cakap. Yang selebihnya saya enggan ulas apa-apa,” katanya.

Pada masa sama, pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku itu juga enggan mengulas lanjut mengenai butiran berkenaan prosiding yang berlangsung itu.

“Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, Siti Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi pada 13 Oktober lalu dan ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.

Dalam pada itu, kisah mengenai pergolakan rumah tangga pelakon berkenaan agak mengejutkan apabila Siti Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.

Kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami pada 24 Mac tahun lalu. Hantaran itu sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button