Cerita ArtisHiburan

“Boleh Tanya Soal Anak, Cuma Perlu Ada Caranya…” – Siti Saleha

Buat pasangan suami isteri yang masih belum menimang cahaya mata mungkin sudah rimas jika ditanyakan soalan tentang anak, namun perkara itu tidak menjadi masalah buat pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha Mohd Baharom.

Menurut Saleha, isu anak bukanlah satu perkara sensitif buatnya sekiranya dia ditanya oleh saudara-mara pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba ini.

“Saya rasa normal orang nak tanya tentang anak. Saya tidak anggap ia perkara sensitif kerana saya dan suami tidak merancang pun. Saya faham mereka juga nak tahu. Cuma kena ada cara nak tanya tentang itu, jangan bertanya dengan nada kurang ajar.

“Sudah tentu kami mahukan anak. Saya akan minta mereka yang bertanya tentang anak itu mendoakan kami kerana rezeki itu bukan kami yang tentukan,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Saleha, 28, ditemui pada majlis sidang media Futbal Fanatix Run @ Shah Alam sempena Fifa World Cup 2018 yang diadakan di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur semalam.

Aktres tersebut berkahwin dengan penjawat awam, Ahmad Lufti Azhar di TPC Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan seni, Saleha berkata dia akan kembali memasuki set penggambaran untuk drama 13 episod terbitan Finas.

“Saya memang tiada penggambaran sepanjang Ramadan, tetapi ada drama saya sedang ditayangkan iaitu Bila Aidil Ada Fitri di Astro Ria bersama Ungku Ismail.

“Selepas raya, InsyaAllah saya akan kembali berlakon dengan Fahrin Ahmad untuk drama 13 episod,” katanya. – KopiPlanet.com

 

Kredit foto: Instagram Siti Saleha

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button