Cerita ArtisHiburan

Siti Sarah Anggap Tidak Wajar Apabila Ada Individu Bandingkan Suaranya Dengan Nabila Razali

Penyanyi popular Siti Sarah menganggap tindakan individu yang menbandingkan suaranya dengan Nabila Razali adalah tidak wajar.

Siti Sarah berkata, setiap penyanyi itu ternyata mempunyai kelebihan suara masing-masing.

“Maaf dik … Tpi sarah rasa, tak patut la nak bandingkan sarah dgn mana2 penyanyi pun.

“Bagi Sarah, Nabila Razali ke, Mariah Carey ke, Anita Mui ke, Lata Mangeskhar ke. 😂 smua ada kelebihan masing-masing,” kongsinya di Instagram.

Penyanyi tu berkata demikian ketika ada individu yang membandingkan suara dia dan Nabila setelah melancarkan lagu duetnya bersama suami, Shuib iaitu Semakin Benci Semakin Cinta.

Ujarnya, dia sendiri begitu kagum dengan Nabila dan menganggap penyanyi itu seorang berbakat, suka berusaha, tidak putus asa dan pandai mencari peluang dalam bidang muzik.

Jelasnya lagi, biarpun sudah 20 tahun dalam industri, dia sentiasa berusaha untuk perbaiki kelemahan vokal.

“Cuma tu lah, tak tahu pulak ada kelas buat suara jadi moden. Suara moden tu apa sebenarnya? Maaf la Sarah betul2 tak tahu, tak tahu.

“Mungkin adik boleh komen banyak lagi atau lebih jelas secara detail, pasni boleh Sarah perbaiki dan cari cikgu vocal yang boleh ajar suara jadi moden,” ujarnya.

Menurutnya, dia juga terbuka dengan semua komen yang diberikan memandangkan dia sendiri cuba untuk memajukan dirinya.

“Untuk pengetahuan adik yg dikasihi, sjujurnya lagu ni tlalu deep utk sarah & @shuibsepahtu. Tak mungkin sarah nyanyi lagu ni ngn org lain atau Shuib nyanyi ngan orang lain,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button