Cerita ArtisHiburan

Siti Sarah Buat Laporan Polis, Beri Tempoh 48 Jam Kepada Seorang Dropship Produknya Yang Tipu Duit Pelanggan

Teka-teki mengenai satu gambar laporan polis yang dimuat naik oleh penyanyi popular, Siti Sarah akhirnya terjawab.

Dalam satu sidang media secara virtual, Siti Sarah berkata dia membuat laporan polis apabila seorang individu yang menjadi dropship produknya iaitu tudung jenama Loveta By Siti Sarah telah menipu duit pelanggan.

“Individu berkenaan telah berkata pelanggan yang produk saya ada membuat pre-order dan meminta duit pelanggan untuk membuat tempahan.

“Sedangkan produk syarikat saya tidak pernah membuat sebarang pre-order dan hanya menjual produk yang sudah siap di pasaran,” jelasnya.

Ujar Siti Sarah, selepas mengambil duit pelanggan invidu berkenaan terus berdiam diri.

Jelasnya, perkara tersebut telah berlarutan selama dua bulan sehinggalah pelanggan yang menjadi mangsa membuat aduan kepada syarikatnya iaitu Ratasya Empire Sdn. Bhd.

“Saya sendiri pun mengetahui perkara ini baru semalam setelah diberitahu oleh salah seorang pekerja.

“Bagi saya, ia merupakan satu kes yang sangat berat kerana ia telah menjejaskan reputasi dan nama baik saya,” tegasnya.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Pemasaran saya iaitu Rizam Mahyuza Morsit pada petang semalam.

Ujarnya, dia memberikan masa selama 48 jam (bermula semalam) kepada individu berkenaan untuk bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Saya mahu individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyelesaikan semuanya dengan pelanggan yang telah dia tipu.

“Sekiranya dia masih lagi berdiam diri, tindakan susulan akan diambil dan saya juga akan berbincang dengan peguam mengenai kes ini,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button