Cerita ArtisHiburan

Siti Sarah Kecam Tindakan Tayang Badan Untuk Menjual Produk

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu yang sengaja menayangkan tubuh badan semata-mata mahu menjual produk.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya, penyanyi itu menyatakan bahawa perkara tersebut kini semakin berlarutan.

“Ye semua orang buat silap, dalam dunia ni tak de orang yang tak buat silap Sarah sendiri tak sesempurna mana, sebab diri sendiri pun pernah sexy, pernah jahil, ye tapi tak sampai sanggup jual ‘Barang’ untuk meniaga, tergoncang melompat ada yang beromen atas katil amik gambar… dah makin lama makin ramai… yang pompuan2 ni pun sama naik tak tau dah yang mana lelaki yang mana pompuan…

“Ye faham… ye korng kuat, tidak ada satu orang pun yang mampu menjatuhkan korang, mungkin ada yang menjaga korang… sebab tu makin lama makin menjadi… korang ingat korng je dalam Malaysia ni yg buat duit? Sebab Sarah sendiri dah naik menyampah!” luahnya.

Menurut Siti Sarah, biarpun kenyataannya itu akan menyakiti beberapa pihak, sebagai seorang wanita, Melayu dan Islam, dia merasakan harus bercakap mengenai perkara tersebut.

Ujarnya, sebagai seorang Islam, ada banyak lagi cara untuk membuat duit (mencari rezeki) tanpa mengaibkan dan menjatuhkan maruah diri sendiri.

“Meh meh Sarah tunjuk, Sarah ni yang tak pernah nak tunjuk duit, meh sini Sarah nak tunjuk!! Tak payah melompat goncang2, tak payah terkinja2, tak payah tunjuk kulit pun boleh buat duit banyak!

“Dengan izin Allah ! Allah maha besar Allah yg memberi rezeki.. tiada Tuhan selain Allah Muhammad Rasulullah ! Islam agamaku Melayu bangsa ku!!,” ujarnya. – KopiPlanet.com

View this post on Instagram

Ye semua org buat silap, dalam dunia ni tak de org yg tak buat silap sarah sendiri tak sesempurna mana , sebab diri sendiri pun pernah sexy , pernah jahil, ye tapi tak sampai sanggup jual ‘Barang’ untuk meniaga, tergoncang melompat ada yg beromen atas katil amik gamba .. dah makin lama makin ramai .. yg pompuan2 ni pun sama naik tak tau dah yg mana lelaki yg mana pompuan ….ye faham .. ye korng kuat , tidak ada satu org pun yg mampu menjatuhkan korang ,mungkin ada yg menjaga korang .. sebab tu makin lama makin menjadi .. korang ingat korng je dalam Malaysia ni yg buat duit? Sebab Sarah sendiri dah naik menyampah ! Meh meh Sarah tunjuk , Sarah ni yg tak pernah nak tunjuk duit , meh sini sarah nak tunjuk !! Tak payah melompat goncang2 , tak payah terkinja2 ,tak payah tunjuk kulit pun boleh buat duit banyak! Dengan izin Allah ! Allah maha besar Allah yg memberi rezeki.. tiada Tuhan selain Allah Muhammad Rasulullah ! Islam agamaku Melayu bangsa ku!!

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button