EventHiburan

Spilt Gravy Dinobat Filem Terbaik FFM32, Bawa Pulang DKD RM500,000

Filem komedi berbahasa Inggeris, Spilt Gravy yang diarahkan Datuk Zahim Albakri muncul sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32), sekali gus meraih Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

Filem tersebut menundukkan saingan sengit beberapa filem lain, termasuk filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sebelum ini memungut kutipan pawagam RM90 juta.

Selain merangkul anugerah Filem Terbaik, Spilt Gravy turut meraih enam lagi anugerah seperti Pengarah Harapan (Datuk Zahim Al Bakri), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Juliana Ibrahim), Lakon Layar Terbaik, Penyunting Terbaik, Rekaan Busana Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Sementara itu, bagi kategori Pengarah Terbaik, anugerah tersebut menjadi milik Ryon Lee Eng Keong menerusi filem komedi drama, Small Town Heroes. 

Namun begitu, kekecewaan terbitan filem Kembara Studio Sdn. Bhd. tersebut diubati dengan kemenangan dua pelakonnya iaitu Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy yang masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. 

Untuk trofi Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi Tan Chui Mui yang cemerlang dalam filem Barbarian Invasion.

Anugerah Khas Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman masing-masing diberikan kepada dua figura berpengalaman tanah air iaitu Mat Sentul dan Datuk Sarimah Ahmad atas pencapaian seni luar biasa mereka. 

FFM32 dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim.

Acara berprestij tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi popular seperti Datuk Zainal Abidin, Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Marsha Milan Londoh dan Hazama.

Mengangkat tema Filem Kita, Citra Kita, FFM32 menyaksikan persaingan filem ditayangkan antara 15 Julai 2021 hingga 30 September lalu yang layak dipertandingkan dalam 22 kategori kali ini. – KopiPlanet.com

Senarai Pemenang FFM32

  1. Anugerah Khas Filem Box Office – Mat Kilau
  2. Poster Terbaik – Tree Egg PLT
  3. Kesan Khas Visual Terbaik – Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
  4. Filem Pendek Terbaik – Can You Love Me Most
  5. Tatarias Terbaik – Rasuk
  6. Rekaan Busana Terbaik – Spilt Gravy
  7. Penataan Seni Terbaik – Spilt Gravy
  8. Penataan Bunyi Terbaik – Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
  9. Skor Muzik Asal Terbaik – Small Town Heroes
  10. Lagu Tema Terbaik – Juang (Wira Hatiku)
  11. Sinematografi Terbaik – Small Town Heroes
  12. Penyunting Terbaik – Spilt Gravy
  13. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Phua Chandler (Small Town Heroes)
  14. Pelakon Wanita Harapan – Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)
  15. Pelakon Lelaki Harapan – Jaa Suzuran (Autumn In Wales)
  16. Pengarah Harapan – Datuk Zahim Al Bakri (Spilt Gravy)
  17. Anugerah Khas Juri 1 – Juang
  18. Anugerah Khas Juri 2 – Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
  19. Anugerah Khas Juri 3 – Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
  20. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa – Ranah 3 Warna (Indonesia)
  21. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Akma Suriati Awang
  22. Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman – Datuk Sarimah Ahmad
  23. Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman – Mat Sentol
  24. Cerita Asal Terbaik – Small Town Heroes
  25. Lakon Layar Terbaik – Spilt Gravy
  26. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Juliana  Ibrahim (Spilt Gravy)
  27. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Beto Kusyairi (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)
  28. Pelakon Wanita Terbaik – Tan Chui Mui (Barbarian Invasion)
  29. Pelakon Lelaki Terbaik – Datuk Adi Putra (Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan)
  30. Pengarah Terbaik – Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)
  31. Filem Terbaik – Spilt Gravy
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button