
Bekas Pegawai Polis Syak Sridevi Mati Akibat Dibunuh
Seorang bekas pegawai polis, Ved Bhushan mengesyaki kematian aktres lagenda Bollywood, Sridevi berkemungkinan besar akibat dibunuh.
Walaupun laporan pihak coroner menyebut beliau mati disebabkan lemas dalam tub mandi namun Ved tetapi mengesyaki ia adalah satu pembunuhan terancang.
Menurut Ved, melemaskan mangsa adalah salah satu daripada modus operandi yang paling mudah memandangkan bukti pembunuhan sukar ditemui sekiranya cara itu digunakan.
Mahkamah Tinggi India sebelum ini menolak permohonan pengarah Sunil Singh yang menuntut kematian misteri disiasat pihak berkuasa.
Sridevi, 55, ditemui mati di dalam tub mandi hotel di Dubai oleh suaminya, Boney Kapoor pada 24 Februari lalu.
Mayat mendiang telah dibawa pulang dan dikebumikan di Mumbai, India empat hari kemudian. – KopiPlanet.com