EventHiburan

Starvendors Mega Raya Fest 2021 Ditunda, Peniaga Diberi Pilihan Supaya Minta Refund Atau Carry Forward Untuk Acara Seterusnya

Acara karnival jualan Starvendors Mega Raya Fest 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 7-9 Mei ini terpaksa ditunda pada 2-4 Julai akan datang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors, Ifa Raziah berkata, pihaknya telah berbincang dengan PWTC dan MKN untuk mencari jalan penyelesaian untuk keputusan pengumuman PKP yang tanpa diduga, yang secara tiba-tiba melanda Kuala Lumpur.

“Setelah berbincang panjang dan memcari penyelesaian dengan pihak PWTC dan pihak berkuasa, akhirnya pihak kami tidak dapat meneruskan Starvendors Mega Raya Fest 2021.

“Semua acara lain yang sedang & akan berlangsung di PWTC juga telah dibatalkan. Seperti yang dimaklumkan, kami akan menunda acara dan semua vendors boleh melihat semua persiapan yang telah kami lakukan sehingga hari ini sehingga 90 peratus booth telah siap,” ujarnya.

Ifa berkata, pihak pengurusan Star Vendors juga dengan rela hati akan memulangkan semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors.

Jelasnya, ia sejajar dengan janji yang telah dibuatnya semasa satu majlis sidang media pada 24 April lalu.

“Proses bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 60 hari waktu bekerja bermula dari tarikh 7 Mei dan untuk segala proses pemulangan (refund), sila hubungi dengan staff SV yang berurusan dengan anda.

“Vendors juga ada pilihan untuk carry forward bayaran yang telah dibuat atau boleh memilih untuk refund seperti yang dijanjikan,” ujarnya.

Jelasnya, pihaknya juga telah mengalami kerugian setelah mengeluarkan kos yang tinggi untuk promosi dan pengiklanan untuk penganjuran acara ini, yang hanya berbaki satu hari sebelum dilangsungkan.

“Kami memikirkan juga faktor yang dirisaui oleh semua pihak vendor, kami sedia menampung kerugian.

“Kami juga cuba meringankan kerugian pihak vendor dan tidak mahu vendors menanggung kerugian yang lebih besar jika event diteruskan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button