EventHiburan

StarVendors Mega Raya Fest Diiktiraf MBOR, Penganjuran Festival Jualan Paling Lama 75 Jam Tanpa Henti

Acara membeli belah terbesar Malaysia, StarVendors Mega Raya Fest mencatat sejarah dengan penganjuran paling lama selama 75 jam tanpa henti sekaligus tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors, Ifa Raziah berkata, dia amat terharu dengan pengiktirafan itu dan tidak menjangka mendapat sambutan yang amat luar biasa.

“Setelah dua kali tertangguh sebelum ini akibat pandemik Covid-19, akhirnya festival jualan ini berjaya dilaksanakan dan sudah tentu pengiktirafan ini cukup bermakna buat diri saya.

“Saya amat berterima kasih pada semua pihak yang terbabit dan juga kepada pengunjung yang tidak henti-henti hadir membeli belah di StarVendors Mega Raya Fest 2022,” katanya.

Turut hadir semasa acara penyampaian sijil pengiktirafan tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain berlangsung selama 75 jam tanpa henti, festival jualan berkenaan juga mencatat kehadiran pengunjung sebanyak 2.8 juta orang.

Acara yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 22 hingga 25 April lalu dihadiri pengunjung seawal pagi pada hari pertama hingga penutup pada jam 12.30 tengah hari. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button