Cerita ArtisHiburan

Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Zainal Abidin Akui Sudah Berpisah Dengan Fyna Jebat

Status mengenai perkahwinan antara Datuk Zainal Abidin Hassan dengan Fyna Jebat akhirnya terjawab apabila legenda bola sepak itu sendiri mengaku mereka sudah berpisah secara baik.

Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh Zainal ketika menjadi tetamu dalam dalam program Nindia Bola yang disiarkan di saluran Astro Arena.

“Memang kita sudah berpisah… dengan cara berdamai,” ujarnya.

Pada bulan Mei lalu, status hubungan mereka menjadi tanda tanya apabila anak Zainal sendiri, Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial mendedahkan bahawa bapanya sudah menceraikan Fyna.

Dalam pada itu, mengenai video yang viral menunjukkan dirinya sedang menikmati hidangan bersama-sama bekas isterinya, bekas pemain bola mengakui memang mereka ada berjumpa.

“Saya berjumpa dengan bekas isteri kedua dan pergi makan sebab nak selesaikan beberapa masalah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button