Cerita ArtisHiburan

Suami Nynaa Harizal Dedahkan Isterinya Tetapkan Tujuh Syarat Sebelum Bersetuju Untuk Berjumpa

Suami kepada pelakon popular Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Ilyas mendedahkan isterinya itu menetapkan tujuh syarat sebelum bersetuju untuk berjumpa.

Memetik laporan portal Astro Gempak, Fahmi berkata, syarat berkenaan telah ditetapkan ketika mereka berhubung pada 12 November lalu.

“Pada mulanya saya gembira kerana dapat bercakap dengan isteri, tetapi kegembiraan itu hanya 30 saat. Kemudian saya mula rasa tidak sedap hati setelah mendengar syarat yang ditetapkan.

“Isteri meletakkan tujuh syarat jika hendak berjumpa dengannya. Antaranya seperti hanya boleh jumpa di pejabat peguamnya, perlulah seorang diri dan tak boleh rekod apa-apa,” jelasnya.

Selain itu, Fahmi menjelaskan syarat lain yang dinyatakan adalah dia tidak dibenarkan membawa pemandu, pengawal peribadi, keluarga dan juga media.

Ujarnya, dia juga agak terkejut dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan kerana niat utamanya hanyalah untuk berjumpa dengan Nynaa.

“Kalau dah kata nak jumpa, tetapi kenapa banyak syarat ditetapkan? Malah, isteri kata dia tak dibenarkan keluar daripada Johor. Siapa yang tak benarkan dia? Itu yang menjadi persoalan saya,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi juga mengakui bahawa isu kewangan juga mungkin antara faktor utama berlakunya kemelut yang melanda hubungan mereka.

“Sebelum kami berkahwin memang family dia ok, baik dan rapat. Cuma, selepas bertunang keluarga dia terutama sekali mak dia jadi lain sikit dengan saya, termasuk dari segi layanan.

“Malah sehingga pertengahan Oktober, adalah masalah sikit berlaku. Kewangan juga antara faktor, namun saya tak boleh jelaskan perincian tersebut,” katanya.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan kemelut rumah tangga mereka dilihat mula menjadi perhatian pada 3 November lalu apabila Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ oleh bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.

Rentetan itu, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim yang juga bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas kesalahan mengugut dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelaki minggu lalu. 

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, bagaimanapun tampil menafikan mengenai dakwaan dan telahan suaminya yang memaklumkan bahawa dirinya telah dilarikan oleh keluarga sebelum dia membuat tuntutan cerai. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Portal Astro Gempak

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
6
+1
6

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button