DramaTV

Suara Hati Tampil Kisah Cinta Tiga Segi, Gandingan Sulung Syafiq Kyle & Hanna Aqeela

Pada masa ini, drama bersiri yang diadaptasi daripada novel sering mendapat tempat di hati penonton.

Yang terbaharu, drama bersiri Suara Hati merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan novelis Anis Ayuni yang mengangkat genre kekeluargaan terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Film Station Sdn. Bhd.

Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, jika dilihat berdasarkan kejayaan drama-drama terbitan Astro sebelum ini, format adaptasi sering mendapat perhatian dan diterima baik sehingga mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan peminat drama Melayu.

“Menyuntik strategi yang sama, kami dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi naskhah adaptasi novel menerusi drama bersiri Suara Hati.

“Pemilihan karya novelis terkenal AnisAyuni terbitan Alaf 21 ini untuk diangkat ke dalam bentuk drama adalah berasaskan jalan ceritanya yang unik dan tersendiri serta dilihat dekat dengan masyarakat kita,” ujarnya.

Suara Hati dibintangi oleh Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku teraju utama serta turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud dan YM Dato’ Sri Rezza Shah.

Drama berkenaan mengisahkan Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Harris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim, seorang pensyarah sambilan di universitinya.

Hani dan Naim mula mesra apabila Naim mula menolong Hani untuk projek universiti Hani. Tetapi Hani hanya menganggap Amirul Naim hanyalah kawan biasa kerana Hani tahu, Naim dalam ada cita-cita untuk melamar teman wanitanya sebagai isteri.

Kebahagian Hani dengan Harris tidak berpanjangan apabila Harris dengan tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, dan terus membuatkan Hani kecewa. Hani yang kesedihan kerana kecewa dengan Harris, kemudian mula membuka pintu hatinya kepada Naim, yang juga baru gagal dalam percintaan.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Suara Hati, Zetty Alia Dato Ramly meletakkan harapan yang besar agar penonton dapat menerima drama berkenaan.

“Besar harapan saya agar para penonton dapat memberikan sokongan padu dan menerima hasil karya terbaharu terbitan Global Film Station pada kali ini berjudul ‘Suara Hati’ yang akan bersiaran selama 13 buah episod sahaja.

“Mesej utama yang ingin disampaikan menerusi drama ini ialah tentang kebangkitan wanita setelah kehilangan seseorang yang dikasihi. Ia juga turut berkisarkan pengorbanan seorang abang, suami dan kekasih,” ujarnya.

Suara Hati bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif sebanyak 13 episod pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 19 Julai 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button