Gaya HidupTravel

Sudah 10 Tahun Ditubuhkan, Kembara Sufi Travel & Tours Terus Dapat Kepercayaan Pelanggan

Sejak ditubuhkan pada 21 Disember 2012, syarikat pelancongan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. masih terus mendapat kepercayaan pelanggan sehingga kini.

Apatah lagi, syarikat berkenaan tampil dengan kelainan dengan menawarkan pakej pelancongan yang disulam dengan adab dan rohani.

Pengarah Urusan Kumpulan Kembara Sufi, Ustaz Al Fadzil Hidzir berkata, memang terlalu banyak dugaan selepas musim Covid-19, di mana semua orang terkesan dan pihaknya masih dapat bertahan.

“Walaupun berhadapan kerugian jutaan ringgit demi untuk mendapat kepercayaan pelanggan selepas pandemik dengan kos kerugian yang ditanggung melalui masalah penutupan hotel, pengurusan luar negara, penerbangan dan kos kenaikkan sara tambahan secara mendadak, ia menjadikan Kembara Sufi lebih bersungguh-sungguh untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Tidak dinafikan terasa kerugian yang begitu tinggi ditanggung, namun demi memberikan kepuasan kepada pelanggan kami lakukan penerbangan secara berkala. Alhamdulillah, sehingga hari ini boleh dikatakan lebih 95 peratus yang telah kembali menggunakan khidmat Kembara Sufi,” ujarnya.

Beliau berkata, perniagaan syarikat pelancongan yang diusahakan selama 10 tahun itu juga kembali meningkat selepas pasca pandemik.

Sementara itu, Al Fadhil Hidzir memaklumkan setakat ini Kembara Sufi memiliki jumlah pekerja di bawah pengurusan sahaja hampir 50 orang serta mempunyai pembantu mutawif atau ‘tour leader’ lebih kurang 200 orang yang membawa pelancong untuk setiap trip.

“Dengan bermotokan ‘Pakej Muslim Termurah Di Malaysia’, orang ramai boleh bandingkan harga kami dengan harga pakej di luar sana, namun tidak perlu risau kerana kami turut mementingkan kualiti.

“Dengan kelebihan penjagaan solat dan makanan dititik beratkan dan tour guide yang menjadikan hampir 15,000 orang mengikuti pakej kembara sufi,” jelasnya.

Menurutnya, menerusi startegi terbaru dengan mengadakan pakej ‘rare’ dan pakej nilai tambah lain, pihaknya menyasarkan lebih 20,000 orang akan mengunakan perkhidmantan Kembara Sufi.

Tambahnya, pakej yang mendapat sambutan paling memberangsangkan adalah trip Eropah Barat, Balkan, Timur Tengah, Scandinavia, New Zeland, Vietnam, jepun, Turki dan banyak lagi.

“Bagi tahun 2024 ini juga Kembara Sufi akan terjun dalam bidang umrah kerana pemintaan yang terlalu ramai dan kami akan membuka pakej umrah bermodul lain dari yang lain iaitu ‘umrah jejak rasul, cinta rasul’.

“Selain itu, Kembara Sufi juga sudah menceburi dalam bidang hartanah, kilang pemakanan, produk kesihatan, pengurusan acara, produksi tv dan beberapa perniagaan lain,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button