Cerita ArtisHiburan

Sudah Berhenti Kerja Sejak Ogos 2023, Imran Ajmain Nafi Ada Berselisih Faham Dengan Fazley Yaakob

Penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain menafikan dirinya berselisih faham dengan Datuk Fazley Yaakob setelah dilihat tidak lagi bersama.

Imran berkata, dia kini tidak lagi bekerja sebagai Pengarah Kreatif dengan Suka Sucre yang dimiliki Fazley sejak Ogos 2023 setelah 15 tahun berkhidmat.

“Kami masih lagi berkawan, perpisahan dalam dunia korporat tu tak dapat dielakkan. Kita perlu mencari peluang yang baharu. 

“Selama setahun saya susah nak fikir untuk berpisah dengan Suka Sucre. Sepanjang 15 tahun bekerja, kami jadi ahli keluarga yang akrab,” ujarnya. 

Imran berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single baharunya, Padam Dan Pergi yang berlangsung hari ini.

Sebelum ini, hubungan antara Imran dan Fazley menjadi tanda tanya apabila ramai menyangka kedua-duanya ada berselisih faham.

Malah, Fazley juga pernah menyatakan dia dan Imran tidak bergaduh seperti yang disangka segelintir pihak.

Dalam pada itu, Imran mengakui perkembangan kerjayanya sebagai penyanyi sedikit terjejas apabila perlu memberi komitmen terhadap kerjanya sebelum ini.

“Jadual kerja yang padat ‘memakan ruang’ untuk realisasikan cita-cita memandangkan latar belakang saya dalam dunia komunikasi dan pengajian media serta pemasaran, minat saya membantu membina syarikat serta namanya.

“Kerana minat dalam bidang itu, saya tak rasa rugi pun untuk menyempurnakan kerja saya. Sepanjang 15 tahun itu, secara keseluruhan, saya dah buat yang terbaik untuk Suka Sucre. Banyak produk yang keluar dan berjaya hasil titik peluh saya. 

Bila ada rezeki yang datang khusus untuk saya seorang, kalau saya tak terima, saya akan menyesal. Tambahan pula, usia saya sekarang pun dah 42 tahun,” ujarnya.

Selain kembali dengan single baharu, kini Imran juga memegang jawatan sebagai pengarah di Persatuan Komposer dan Penulis Singapura (Compass) yang memerlukannya kerap berulang-alik ke Singapura. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button