Cerita ArtisHiburan

Sudah Buat Beberapa Jenis Perniagaan, Boy Iman Kini Beralih Kepada Berniaga Jual Lembu

Setelah berpengalaman menjalankan beberapa perniagaan, pelakon Boy Iman kini menceburi pula beralih dengan berniaga menjual lembu.

Menerusi satu posting di Instagram, Boy Iman menyatakan kandang lembu berkenaan terdapat di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Kedah dan Pahang.

“Siapa yang nak dapatkan lembu untuk Hari Raya Aidiladha sama ada lembu hidup atau lembu yang telah disembelih dan dikarkaskan menjadi daging bolehlah menghubungi saya.

“Kandang lembu kami terdapat di Selangor, Kedah dan Pahang. Dijamin bersih, halal dan berlesen,” tulisnya.

Ujar Boy Iman, pihaknya juga boleh membekalkan lembu pada kapasiti yang besar secara “one off”, kontrak jangka pendek dan kontrak jangka panjang.

Pada masa sama, Boy juga memaklumkan pihaknya mahu mencari introducer di seluruh Malaysia.

“Introducer diperlukan di seluruh Malaysia dengan komisen yang lumayan dan berpanjangan.

“Daftar percuma di WhatsApp hotline 0103146469,Untuk pembelian dan info sila hubungi hotline tersebut diatas,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button