HiburanSelebriti

Sudah Letak Harga Murah, Aliff Syukri Nyatakan Rumahnya Di Pavilion Berharga RM6 Juta Masih Belum Ada Pembeli

Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan sehingga kini masih belum ada lagi yang membeli rumah miliknya yang teletak di Pavilion, Kuala Lumpur.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Aliff memberitahu dia sudah cuma menjyal dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

“Home sweet home bawah Pavilion Mall Bukit Bintang dan berjiran dgn jwmarioot. Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba last2 saya jerr duduk sini..

“Saya dah jual saya sudah jual murah RM6 juta jer sebab harga market value adalah rm 6.5 juta tapi tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli sekarang ni musim COVID nak shopping smua tutup kedai,” tulisnya.

Pada masa sama, Aliff menyatakan sesiapa yang berminat untuk membeli boleh menghubunginya terus dan memaklumkan ada banyak lagi yang ingin dijual.

“Kalau siapa nak beli wussp manager sy 0123743261 atau follow ig @as_propertyy banyak lagi yang saya nak jual,” jelasnya.

Usahawan berkenaan sudah mula cuba untuk menjual rumah berkenaan yang legkap dengan perabot sejak Disember tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button