Cerita ArtisHiburan

Sudah Terkenal Sebagai Penyanyi, Afgan Disaran Berlakon Filem

Berhadapan dengan pandemik selama dua tahun, penyanyi popular Indonesia Afgan terpaksa berjumpa psikatari untuk menjalani terapi.

Afgan berkata, ia berikutan kesihatan mental yang dialaminya apabila mengalami depresi sehingga dinasihati supaya menjalani rawatan.

“Selama 13 tahun saya bekerja dan apabila pandemik melanda, saya tidak dapat berbuat apa-apa sehingga mengganggu kesihatan mental saya sehingga setiap bulan saya akan berjumpa psikatari. 

“Saya sedar banyak perkara yang perlu diperbaiki dan kini lebih rasa tenang, saya anggap pandemik ini juga ada hikmahnya,” ujarnya.

Afgan berkata demikian ketika ditemui semasa sidang akhbar Concert: Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangannya untuk tahun 2023, penyanyi itu memberitahu dia akan mengadakan beberapa lagi konsert termasuk di Singapura dan Jakarta.

“Ada juga yang menyarankan untuk saya berlakon filem dan saya merasakan itu merupakan satu saranan yang menarik,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Afgan bakal menjayakan konsert Afgan Evolution di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pukul 8.30 malam esok.

Afgan bakal menyanyikan 24 buah lagu termasuk karya-karya daripada album mini terbaharu, +62. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button