Cerita ArtisHiburan

Sufian Suhaimi Nafi Lagu Menggenggam Bahagia ‘Hint’ Dia Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Penyanyi popular, Sufian Suhaimi menafikan bahawa lagu nyanyiannya, Menggenggam Bahagia yang dilancarkan baru-baru ini adalah ‘hint’ dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Sufian berkata, lagu berkenaan juga langsung tiada berkaitan dengan dirinya, sebaliknya ia berkisar tentang kisah pencipta lagu itu sendiri.

“Kalau nak kata saya bakal berkahwin tu memang tidak. Ada juga yang mengaitkan lagu Menggenggam Bahagia dengan kehidupan peribadi saya dan ‘hint’ untuk saya berumah tangga, tetapi saya sendiri tak pernah cakap.

“Sebenarnya lagu ini lebih dekat dengan kehidupan peribadi komposer. Pada waktu itu dia yang sudah berkeluarga diuji akibat pandemik… anak perlukan susu, duit pun tak cukup sampai makan terpaksa berkongsi Maggi dengan isteri,” ujarnya.

Penyanyi itu berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu Menggenggam Bahagia yang berlangsung baru-baru ini.

Sufian berkata, dia sangat berbesar hati apabila terpilih untuk menyanyikan lagu berkenaan dan cuba menyanyikannya dengan sebaik mungkin.

“Ramai yang tanya saya bila saya akan muncul dengan lagu baharu yang dalam genre balada. Jadi, lagu Menggenggam Bahagia ini dipilih kerana ia mempunyai kualiti yang baik,” jelasnya.

Lagu Menggenggam Bahagia ini telah dilancarkan di semua saluran penstriman muzik sejak pada 13 Jun 2023 lalu rata-rata mendapat sokongan yang positif daripada peminat dan pendengar. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
5
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button