HiburanSelebriti

Sugeh Eco Resort Milik Aliff Syukri Rosak Akibat Banjir, Banyak Harta Benda Musnah & Binatang Ternakan Mati

Usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan resort miliknya, Sugeh Eco Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang rosak akibat bencana banjir.

Perkara berkenaan telah dimaklumkan sendiri oleh usahawan berkenaan menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“Allahakbar… Perasaan saya sangat sedih dan pilu,Tak sangka Malaysia dilanda banjir seteruk seperti ini…. Tak terkecuali Resort saya di Janda Baik juga mengalami banjir lumpur dan air deras.

“Banyak harta benda musnah, binatang mati… tapi saya lega… semua pelanggan saya selamat….Mohon maaf juga saya lambat dapat info, Line di sini tidak berapa baik,” kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi akaun Instagram resort berkenaan menyatakan air sungai yang naik secara mendadak malam tadi menyebabkan berlaku kerosakkan, kayu kayu hanyut yang melumpuhkan sedikit perjalanan resort.

“Jalan untuk ke Janda Baik juga dalam proses pemulihan dimana banyak tanah tanah runtuh serta beberapa kawasan mengalami pokok tumbang yang menghalang laluan masuk utama

“Pada pelanggan Sugeh Resort yang kami hormati supaya bertenang dan jangan risau. Pegawai kami akan menghubungi anda untuk menyusun semula waktu tempahan baru anda dalam masa terdekat ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button