Cerita ArtisHiburan

Suhaimi Saad Cetuskan Lagi Kontroversi, Tolak Kepercayaan Allah Ada Di Mana-Mana

Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad atau lebih dikenali sebagai Mosus kini tampil menimbulkan kontroversi menerusi posting yang dimuatnaik di akaun Facebook miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Suhaimi telah menyatakan tujuh perkara yang tidak dipercayainya berbanding orang lain yang mempercayainya.

“7 PERKARA YANG ANDA PERCAYA TAPI Mosus TOLAK.

“Allah ada di mana mana-mana, Vaksin, Bumi bola, Sistem Demokrasi, Sistem Perbankan riba, Sistem pendidikan dunia serta ganja dan ketum merbahaya,” tulisnya.

Ternyata posting yang muatnaiknya itu mendapat pelbagai reaksi, terutama sekali tentang dirinya yang menolak kepercayaan Allah ada di mana-mana.

Ketika seorang netizen tidak faham berkenaan kenyataan berkenaan dan meminta penjelasan, Suhaimi hanya sekadar meminta netizen berkenaan terus belajar dan memahamkannya.

Sebelum ini, Suhaimi cukup dikenali ramai kerana sering mengeluarkan kenyataan yang kontroversi seperti percaya bumi adalah datar dan menolak penggunaan vaksin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button