Cerita ArtisHiburan

Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid, Enggan Dirinya Dipanggil Ustaz

Bekas anggota kumpulan In Team, Suhaimi Saad menyatakan dirinya telah meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid.

Perkara tersebut telah dinyatakan sendiri oleh Suhaimi menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

“SS letak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Tak perlu panggil ustaz.

“Panggil SS atau Mie je. Sapa degil SS akan kompuan dan block,” ujarnya.

Pada masa sama, penyanyi itu juga menegaskan akan block kepada mereka yang meminta dia menyanyikan lagu In Team ketika live.

“Lepas ni sapa mintak lagu inteam masa live, SS akan block.

“Haters, sila berambus. Aku tak selera dan takde masa nak layan korang,” ujarnya.

Untuk rekod, penyanyi berkenaan sudah pun keluar daripada kumpulan nasyid berkenaan pada tahun 2005. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
7
+1
2
+1
5
+1
16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button