Cerita ArtisHiburan

Suhaimi Saad Persenda Kematian Seorang Individu, Ahli Keluarga Sudah Buat Laporan Polis

Perbuatan Suhaimi Saad yang mempersenda kematian seorang individu yang meninggal dunia telah mengundang kemarahan ramai.

Dalam satu posting di Facebook, Suhaimi dilihat bersyukur dengan pemergiaan individu yang bernama Zulkefli Nordin akibat virus berkenaan.

“Dia dah mati. Alhamdullah. Allah bayar cash. Kalau Allah bayar cara hutang lagi berat,” tulisnya.

Pada posting berkenaan, penyanyi berkenaan turut memuatnaik posting individu berkenaan tentang keadaan sesudah mendapat suntikan vaksin pada 13 Jun lalu.

Ternyata apa yang dimuat naik oleh Suhaimi telah mendapat reaksi daripada salah seorang anak individu tersebut yang menggunakan nama Ain T-ant di Facebook.

“Assalamualaikum Mosus..Masih basah lg kubur abah kami..Baru selamat dikebumi pg td..Takde ke simpati pd kami sekeluarga wahai saudara Islam ku..? Saya cuba menahan emosi dari post..Tapi maaf saya gagal..Saya percaya abah saya tiada hutang dengan kamu apa lg kenal dgn kamu..Kami kenal dia..Kami tau baik buruk dia..Siapa kita nak menghukum..Tuduhan dia meninggal sbb vaksin ni amat berat..

Tlg jgn libatkan abah kami dgn sebaran fahaman tuan..Cukupla apa yg tjadi pada kami..Ada dikalangan kawan abah yg mohon kami tutup fb abah bg elakkan org menabur fitnah lg..Fitnah apa kami masih belum fhm..Maaf, blm mampu..sbb kat situ la kami nk tb balik kenangan abah aktiviti abah..sume kat situ..tutup sepenuhnye tu masih blm kami fikirkan lg..

“Kami terima nasihat dgn baik tp benarkan kami buat keputusan kami sndr..🙏🏻Bagi saya, mulut manusia mmg susah nak tutup dari mengata kt..Sedangakn nabi yg tiada fb dan dah xde pn masih lg dihina..Apa lg abah kami..Jagalah bahasa..Jagalah adab masing2.. Mosus,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi anak individu tersebut yang dikenali sebagai Molly menyatakan satu laporan polis telah dibuat terhadap Suhaimi.

“Yang meninggal tu arwah ayah saya. Kami sekeluarga telah pun buat laporan polis.

Arwah baru meninggal semalam dan golongan ni masih lg ganggu keluarga kami. Tindakan susulan akn dibuat kpd pemfitnah. Mohon report kalau jumpa,” tegasnya.

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
2
+1
1
+1
6

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button