EventHiburan

SUKE TV & iQIYI Jalinkan Kerjasama, Jadi Satu-Satunya Saluran TV Di Malaysia Miliki Tab Khusus

Saluran televisyen tempatan SUKE TV telah menandatangani memorandum perjanjian bersama platform penstriman popular, iQIYI untuk menyiarkan kandungan SUKE TV secara eksklusif di platform tersebut.

Pengerusi SUKE TV, Datuk AC Mizal berkata, menerusi kerjasama terbabit SUKE TV menjadi satu-satunya saluran TV di Malaysia yang memiliki ‘tab’ khusus di platform iQIYI.

“Pastinya kami sangat berbangga dengan kerjasama ini dan prospek perkembangan di luar Malaysia melalui perjanjian ini.

“Malah, kerjasama ini terjalin pada masa yang tepat, dengan pertumbuhan perkhidmatan penyiaran selepas pandemik yang menghasilkan kepelbagaian kandungan merentas pelbagai genre,” ujarnya.

Ujar beliau, menerusi kerjasama tersebut, kedua-dua pihak akan menggunakan teknologi dan kepakaran mereka untuk menghasilkan kandungan yang relevan dan lebih menarik untuk penonton.

Tambah AC Mizal, ini adalah permulaan era baharu untuk SUKE TV dan pihaknyaberharap untuk terus membangun dan mempelbagaikan tawaran kandungan dengan iQIYI.

“Antara kandungan terbitan SUKE TV yang boleh distrim di platform iQIYI termasuk rancangan drama bersiri Polkadot, Berita Latah, Tanya Je, Tomey Tomey, DAC PM YOU, DurianKimchi, Makan Tepi Lori, Pin Pin Sapa Tu?, Listen Up, dan Odah Billionaire,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam berkata, perjanjian eksklusif selama setahun dengan SUKE TV pastinya akan dapat mengukuhkan matlamat bersama kedua-dua pihak untuk menyediakan kandungan tempatan yang berkualiti tinggi serta mempamerkan hiburan Malaysia terbaik kepada penonton. 

“iQIYI ialah aplikasi penstriman video nombor satu paling banyak dimuat turun di Malaysia pada 2021 dengan lebih 10 juta muat turun. Ia juga perkhidmatan penstriman yang paling pesat berkembang di negara ini dengan pertumbuhan asas pengguna sebanyak 15 kali ganda dalam tempoh dua tahun. 

“iQIYI sangat teruja untuk bekerjasama dengan SUKE TV, dan kami nantikan kandungan terkini dan menarik yang akan dibawa melalui jalinan ini di platform iQIYI,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button