
Suzy Dan Taeyeon Akui Pernah Jatuh Cinta Dengan Lelaki Sama
Penyanyi terkenal, Suzy dari kumpulan Miss A dan Taeyeon, ahli kumpulan SNSD mengakui mereka jatuh cinta pada lelaki yang sama.
Jejaka yang dimaksudkan mereka ialah pelakon Kang Dong Won. Kedua-dua Suzy dan Taeyeon menyatakan sekiranya ingin mencari teman lelaki, mereka mahupun kualiti yang ada pada Dong Won turut dimiliki oleh bakal kekasih mereka.
Suzy menerusi temu bual dengan media menyatakan dia merupakan peminat setia Dong Won. Suzy juga sanggup menonton filem Jeon Woo Chi yang dibintangi Dong Won gara-gara gilakan aktor tampan tersebut.
Taeyeon juga dikenali sebagai peminat setia Dong Won dan pernah bertemu dengan aktor tersebut malah pernah membuat kemunculan khas dalam salah satu filem yang dilakonkan Dong Won iaitu My Brilliant Life.
Seperti peminat fanatik lain, Taeyeon juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Dong Won.
Sebenarnya, bukan Suzy dan Taeyeon sahaja yang pernah membuat pengakuan terbuka menyukai Dong Won, sebaliknya Seulgi (Red Velvet) dan Hyorin juga turut menyimpan peraaan yang sama terhadap pelakon kacak itu. – KopiPlanet.com