Cerita ArtisHiburan

Syafie Naswip Akui Hatinya Terhiris Apabila Disapa Dengan Panggilan ‘Retis’, Anggap Ia Seperti Menghina Pekerjaannya

Pelakon popular Syafie Naswip menyatakan bahawa memanggil dirinya dengan panggilan ‘retis’ dianggap sebagai satu penghinaan buat dirinya.

Perkara berkenaan diluahkan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Hi semua, minta maaf jika status ini menyentak hati beberapa pihak. Cuma ingin tegaskan kalau boleh kalau ada sesi bergambar atau proses menyapa atau berbalas komen di IG, elaklah menggunakan perkataan ‘retis’.

“Ia sedikit sebanyak seperti menghina pekerjaaan saya. Kalau boleh cukup anda gelarkan saya pelakon/pemeran atau manusia biasa daripada kerap menggunakan panggilan itu,” luahnya.

Pada masa sama, Syafie juga secara jujur menyatakan setiap kali perkataan itu diungkapan ia sangat menghiris hatinya.

“Mungkin saya hanya senyum atau tidak memberi reaksi apa-apa. Tetapi jujur setiap kali dialog itu diungkapkan ia sangat menghiris hati saya.

“Harap anda semua memahami,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button