Syafiq Atau Tidak, Video Itu Tidak Patut Disebarkan – Zahirah MacWilson
Sudah dua kali digandingkan dalam siri drama, pelakon Zahirah Macwilson turut melahirkan perasaan simpati terhadap Syafiq Kyle berikutan video aksi lucah yang dikaitkan dengan aktor tersebut.
Menurut Zahirah, dia percaya video itu sengaja disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana mahu menjatuhkan nama aktor tersebut yang kini semakin popular di kalangan peminat.
“Sama ada Syafiq atau tidak (dalam video itu), ia tidak penting sebab video itu tidak patut disebarkan. Saya simpati dengan dia dan keluarga.
“Kita manusia semua orang buat silap dan apa keburukan yang kita buat di masa silam tidak sepatutnya disebarkan. Saya rasa ada orang memang saja nak jatuhkan dia sebab dia sedang meniti populariti sekarang,” katanya kepada KopiPlanet.com.
Zahirah ditemui pada majlis Previu Tayangan Syawal 2018 Media Prima di Hotel New World, Petaling Jaya baru-baru ini.
Zahirah, 23, turut berkata dia ada menghantar pesanan mesej kepada Syafiq memintanya terus kuat dan bersabar dengan dugaan yang menimpanya lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadan.
“Selepas tersebar kontroversi itu saya memang ada hantar mesej peribadi kepadanya agar bersabar dengan dugaan yang dilalui. Bagi saya dia memang kawan yang baik.
“Masa saya dilanda kontroversi sebelum ini, dia banyak beri dorongan kepada saya dan kini masa saya untuk berada di belakangnya pula,” katanya.
Video kontroversi aksi lucah mirip Syafiq Kyle mula tersebar sejak malam Ahad lalu menerusi laman sosial Twitter.
Video berdurasi dua minit itu memperlihatkan aksi sembang aplikasi Facetime lelaki tersebut dengan seorang wanita bernama Mira. Terdapat juga netizen yang mahu menjual video penuh tersebut pada harga RM20 sejak ia mula menjadi bualan hangat di kalangan peminat hiburan tempatan. – KopiPlanet.com