Cerita ArtisHiburan

Syamsul Yusof Kecewa Tak Dapat Bersemuka Dengan Isteri, Harap Puteri Sarah Dapat Terima Poligami

Pengarah popular, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecewa apabila hasrat untuk bersemuka dengan isterinya, Puteri Sarah Liyana ketika berada di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak kesampaian.

Syamsul berkata, semasa sesi bersama Jawatankuasa Pendamai berlangsung, ia telah diadakan secara berasingan antara dia dan isterinya.

“Sebenarnya saya mengharapkan dapat berjumpa isteri saya Sarah, tetapi rupa-rupanya masuk ke bilik tersebut berbincang secara berasingan.

“Ingakan duduk satu bilik dan dapat bersua muka dengan dia tadi, itu yang saya kecewa sikit. Takpalah saya turuti perkara tersebut dah berharap masalah rumah tangga saya selesai secara baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syamsul juga meluahkan hasrat agar Puteri Sarah dapat menerima poligami dengan baik.

Jelas Syamsul lagi, sekiranya isterinya itu tidak dapat dapat menerima poligami, dia masih tetap mahu berbincang tentang perkara berkenaan.

“Apa yang saya mengharapkan saya dapat bersua muka dengan dia tadi dan duduk dalam satu bilik, tetapi bukan begitu.

“Saya di sini pun bukan mahu menyerang isteri saya. Saya follow je dan berharap agar Sarah dapat menerima poligami ini. Kami suami isteri dan kami lebih tahu tentang hal rumah tangga kami,” ujarnya.

Pada masa sama, pengarah itu menyatakan sekiranya isterinya itu tidak menyukai dirinya, dia meminta supaya tidak membuat fitnah dia memukul isterinya.

“Kalau tak suka saya pun kenapa fitnah yang saya memukul. Jangan membuat fitnah yang tidak benar. Kalau membenci saya sekalipun, yang sudah tu sudahlah.

“Saya boleh maafkan dia. Kalau ada ruang yang mana-mana boleh berbaik kita berbincang. Ini bukan pesta dia buka aib saya, saya buka aib dia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button