Cerita ArtisHiburan

Syamsul Yusof Reda Jika Berpisah & Mohon Doa Yang Baik-Baik … Enggan Lukakan Lagi Hati Puteri Sarah

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah menetapkan tarikh baharu iaitu pada 8 Mei bagi sebutan kes tuntutan nusyuz difailkan oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul yang ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais berkata, ia disebkan Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja di luar negara.

“Hari ini adalah sebutan nusyuz, tetapi Puteri Sarah tak dapat hadir kerana ada urusan di luar negara.

“Saya tak nak cakap banyak nanti takut tersalah cakap,” ujarnya,

Dalam pada itu, pengarah filem Mat Kilau itu juga menyatakan dia reda dengan apa sahaja keputusan yang akan berlaku, termasuk jika berpisah dengan isterinya.

“Saya tak ada apa-apa nak cakap, mohon doa yang baik-baik sahaja. Sama ada berakhir dengan baik atau tidak, apa pun doakan yang terbaik… itu sahaja,” ujarnya.

“Saya pun tak nak keluarkan lagi apa-apa kenyataan yang boleh lukakan lagi hati Puteri Sarah. Kalau banyak bercakap, saya takut terkeluarkan kenyataan yang melukakan hati isteri saya,” jelasnya.

Mengenai anak pula, Syamsul memberitahu dia masih dapat berjumpa dengan anak-anak dan Puteri Sarah memberikan kerjasama yang baik.

“Meskipun dia ada failkan hadanah (hak penjagaan anak), kami tetap bersikap profesional dan masing-masing berikan kerjasama,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button