Cerita ArtisHiburan

Syatilla Melvin Perjelaskan Kekeliruan Mengenai Menjadi Ibu Susuan Kepada Anak Shuib

Pelakon popular Syatilla Melvin tampil menjelaskan kekeliruan berhubung dengan pemberian susu ibu kepada Ayash Affan yang merupakan anak kepada Shuib.

Berkongsi perbualannya bersama Shuib menerusi What’s App yang dimuat naik di Instagram, Syatilla berkata, susu ibu yang dimaksudkan itu bukanlah daripada dirinya.

“Ini antara conversation tilla dgn shuib semasa arwah kak sarah masih bertarung di ICU mungkin ada sikit kekeliruan sesetengah pihak, insyaallah lepas ni dh boleh clear dah.

“Ya allah kau sihatkan lah anak soleh mereka ya Allah. Jdikan anak2 mereka, anak2 yg taat yang senang hati dan jiwanya mempelajari islam ya allah amin ya rab,” tulisnya.

Menerusi perbualan yang dikongsikan itu, pelakon berkenaan menjelaskan susu ibu yang ingin diberikan adalah daripada seorang kawan baiknya.

Syatilla berkata, kawan baiknya itu baru sahaja lepas berpantang dan mempunyai susu badan yang banyak dan dia menawarkan kepada Shuib memandangkan bayi yang lahir pra matang sangat memerlukan susu badan.

Sebelum ini, terdapat laporan sebuah portal yang menyatakan bahawa Syatilla bersedia untuk menjadi ibu susuan buat Ayash yang kini masih dirawat di hospital. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button