HiburanSelebriti

“Syukur Dapat Banyak Sangat Ilmu Agama…” – Asyraf Luah Hasrat Mahu Jadi Anak Murid Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Usahawan terkenal, Asyraf Khalid meluahkan rasa syukurnya apabila sempat meluangkan masa berjumpa dengan tokoh agama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di Yayasan Ar-Ri’ayah, Ampang.

Pada pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, Asyraf, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid berkata, dia turut menyatakan hasrat menjadi anak murid Habib Ali bagi membimbingnya ke arah agama yang lebih baik.

“Kalau dulu, saya ada seorang guru iaitu Abuya Habib Naufal dari Sukabumi, beliau yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab, tapi Allah lebih sayangkan Abuya dan Allah ambil Abuya dulu.

“Jadi selepas beberapa tahun saya tiada guru khusus bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali and saya punya permintaan pada Habib Ali adalah untuk menjadi anak murid beliau. Dalam masa sama mahu beliau menjadi guru untuk membimbing saya ke arah agama,” katanya.

Asyraf juga pengasas produk minuman jamu Mutyara bersama isterinya pelakon Tya Ariffin berkata, pertemuan itu memberikan banyak pengajaran dan pengalaman baru buat dirinya.

“Terima kasih juga kepada ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib Ali dan Alhamdullillah, semuanya di permudahkan.

“Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang iman kita ni ada naik turun, tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button