AntarabangsaKpop

Taeyeon Sah Dipilih Nyanyi Lagu Tema Frozen 2 Versi Korea

Selepas pelbagai spekulasi, akhirnya sah Taeyeon dipilih sebagai penyanyi yang akan menyanyikan lagu runut bunyi (OST) filem Frozen 2 versi bahasa Korea.

Pengumuman itu dibuat oleh Disney Korea menerusi laman Instagram mereka, sebentar tadi.

Taeyeon bakal menyanyikan lagu Into The Unknown versi bahasa Korea sebagai satu cara promosi filem antarabangsa tersebut untuk penonton di negara Kimchi itu.

Teruja dengan perkhabaran itu, Taeyeon turut menyatakan perasaan tidak sabarnya untuk mendedahkan lagu tersebut kepada umum pada November ini.

Frozen 2 yang menggunakan suara pelakon terkenal seperti Kristen Bell, Evan Rachel Wood dan Josh Glad akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 22 November ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button