Cerita ArtisHiburan

Tahniah! Siti Nurhaliza Dikurniakan Gelaran Datuk Seri

Selepas hampir 22 tahun melibatkan diri dalam bidang seni, penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza dikurniakan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada majlis Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-87 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, pagi ini.

Pingat kebesaran itu disampaikan pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menerusi kenyataan medianya, Siti berkata, “Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.”

“Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam karier saya.

“Ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi di dalam kandungan saya, rezeki yang datang dalam pelbagai cara yang berbeza,” tulis penyanyi berusia 38 tahun itu di laman Instagramnya.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa turut hadir menemani isterinya menerima gelaran tersebut.

Siti sebelum ini dikurniakan pangkat Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun ke-76 keputeraan baginda pada 24 Oktober 2006. – KopiPlanet.com

Kredit Foto:  Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button