Cerita ArtisHiburan

Tak Dapat Hael, Aman Aziz Tagih Lagu Dari Faizal Tahir

Penyanyi Aman Aziz menyatakan dia kini ingin mendapatkan khidmat penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir untuk single terbaharunya kelak.

Menurut Aman, pada mulanya dia ingin mendapatkan lagu daripada rakan baiknya, Hael Husaini, namun disebabkan kesibukan Hael dia terpaksa melupakan niatnya itu.

“Saya nak sangat-sangat nyanyikan lagu ciptaan Faizal Tahir. Memang dari dulu lagi impian saya adalah nak bekerjasama dengan dia. Kalau boleh saya nak Faizal cipta lagu yang memang sesuai dengan vokal saya.

“Saya tak biasa nyanyi lagu yang orang hantar sebabnya kalau saya bawa lagu sudah siap yang sebenarnya dibuat untuk orang lain, takut ia tak kena dengan jiwa saya,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui majlis perkongsian santai radio ERA bersama media di RedBox The Gardens, Kuala Lumpur semalam.

Nama Aman kembali diperkatakan selepas single ketiganya, Sulit mula mencuri tumpuan peminat-peminatnya.

Walaupun Sulit mendapat sambutan yang hangat, Aman berkata dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan muzik video rasmi untuk single tersebut.

“Pihak pengurusan saya tiada sebarang perancangan untuk buat muzik video Sulit. Sebabnya, dah ada muzik video lirik yang sudah pun mencecah lebih sejuta tontonan.

“Saya sangat bersyukur Sulit mendapat sambutan yang baik daripada pendengar. Single ini menunjukkan kematangan dari segi pemilihan lagu dan juga vokal saya,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Aman Aziz

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button