Cerita ArtisHiburan

Tak Jadi Dedah Nama, Rakan Artis Dah Bayar Hutang RM10,000 Pada Man Raja Lawak

Pelawak popular, Man Raja Lawak mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan nama rakan artis yang berhutang dengannya sebanyak RM10,000 sebelum ini.

Dalam satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, rakan artis yang juga seorang penyanyi itu sudah pun menjelaskan hutangnya pada saat-saat akhir.

“Abang punya la excited tunggu 12.01 minit nak bagitau korang sapa penyanyi tu. Dia dah transfer plak baru je tadi.

“Maaf geng abang pun kecewa gak. Abang dah nekad… bukan selalu abang buat keje gila macam ni,” tulisnya.

Sebelum ini, pelawak berkenaan mendedahkan mengenai sikap seorang rakan artis yang liat untuk membayar hutang, meskipun menyatakan hendak menjelaskannya pada 22 Oktober lalu.

Sehubangan itu, Man juga menegaskan akan mendedahkan nama artis berkenaan sekiranya hutang tersebut tidak dilangsaikan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button