HiburanSelebriti

Tak Sampai Setahun Bercerai Dengan Mawar Rashid, Kini Raf Yaakob Dah Jumpa Pengganti?

Pada akhir tahun lalu, pasangan pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah sah bercerai setelah difahamkan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Bagaimanapun, yang terbaharu menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram, Raf memberi bayangan seolah-olah seperti sudah mempunyai pengganti.

Dalam posting berkenaan, bekas suami Mawar itu berkongsi cerita mengenai detik-detik pertemuan dengan wanita berkenaan.

“Saya pertama kali bertemu dengannya dalam satu acara. Saya hanya melihatnya dari jauh, hampir 10 minit dan kemudian dia pergi. Faham je, dah kate pun kerja kan? Dan kemudian entah bagaimana beberapa minggu yang lalu, kami terserempak lagi. Kali ini di pusat membeli-belah, di eskalator.

“Saya turun dan dia naik. Momen yang sangat rawak. Saya tersenyum kepadanya. Senyum biasa2 je. Saya hanya bersikap sopan. Tetapi saya fikir dia agak tersenyum kepada saya. Meleleh jap Tapi kelakar dan pelik k,” ujarnya.

Tambah Raf lagi menerusi posting berkenaan, selepas detik pertemuan itu, dia berasa pelik apabila wajah wanita berkenaan kerap muncul di akaun Instagram miliknya.

Ujarnya, setelah dia memeriksa Instagram didapati bahawa mereka mempunyai ramai kenalan yang sama berdasarkan mutual friends.

“Selepas hari itu, wajahnya ada di mana-mana di IG saya. Banyak mutual friends sama kot. AND NOW THIS‼️Girl, you came out of nowhere. Apabila saya tidak menjangkakannya.

“Sejujurnya, saya fikir anda akan berkata “tidak” pada mulanya. Tapi yeaaa… Nway kira-kira malam tadi, mesti saya akui. Anda benar-benar membuat jantung saya berdebar,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button