Cerita ArtisHiburan

Tak Tahan Difitnah Larikan Duit, Sihirkan Orang & Nusyuz Pada Suami… Mak Wan Latah Mahu Berehat Daripada Aktif Di Media Sosial

Pelakon veteran, Mak Wan Latah telah mengambil keputusan untuk berehat daripada aktif di media sosial setelah berhadapan dengan pelbagai fitnah.

Dalam satu perkongsian video di Instagram, Mak Wan berkata keputusan itu dibuat lantaran sudah tidak tahan lagi dengan kecaman netizen.

“Mak Wan ingin merehatkan diri Mak Wan daripada Instagram, Facebook atau apa sahaja aktiviti yang selalu Mak Wan buat sebab tak tahan lagi kecaman yang Mak Wan dapat.

“Fitnah Mak Wan melarikan duit, sihirkan orang dan nusyuz pada suami. Orang tak tau, orang akan cakap apa je kan,” luahnya.

Sebelum ini, nama Mak Wan Latah menjadi perhatian ramai apabila perkahwinannya bersama Husain Dollah hanya bertahan semalam tiga bulan sahaja sebelum diceraikan baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan memaklumkan bahawa dia akan kembali aktif semula di media sosial apabila keadaan kembali reda.

“Insya-Allah, Bila keadaan dah reda nanti Mak Wan akan come back. Doakan kesihatan Mak Wan sebab Mak Wan pun tak berapa sihat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
6

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button