Cerita ArtisHiburan

Tampil Dengan Gaya Seakan-Akan Biarawati Gereja, Aina Abdul Jelaskan Ia Lebih Kepada Fesyen Semata-Mata

Penyanyi popular, Aina Abdul telah menerima pelbagai komen netizen tentang penampilannya yang dikatakan seperti ‘sister’ atau biarawati gereja ketika muncul dalam sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang disiarkan secara langsung di YouTube channel miliknya semalam.

Menjelaskan mengenai penampilannya itu, Aina yang akan menjayakan konsert sulungnya pada 25 dan 26 Jun ini di Istana Budaya tampil menjelaskan mengenai penampilanya itu.

“Memang saya nak tampil dengan look seperti ini dan ia merupakan branding kepada Aina Abdul itu sendiri yang penuh dengan elemen kejutan.

“Tidak dinafikan memang akan ada tanggapan penampilan saya ini seperti ‘sister’, namun saya lebih melihat apa yang ditampilkann ini lebih kepada fesyen semata-mata,” jelasnya.

Menjawab dengan tenang mengenai perkara berkenaan, Aina menyatakan apa yang ditampilkan juga sebagai langkah untuk memberi inspirasi kepada mereka yang gemarkan kelainan.

Ujarnya, dia juga tidak memaksa orang lain untuk mengikut cara penampilan dan menyatakan fesyen hanya ‘statement; yang sementara.

“Tidak semestinya saya berpenampilan sebegini saya akan tiba-tiba berubah atau memuja sesuatu. Sebaliknya, ia lebih kepada memberi inspirasi sahaja.

“Buat mereka di luar sana, kalau nak follow itu terpulang pada mereka. Kalau tidak, saya pun tak suruh untuk ikut saya pakai tudung sebegini,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai konsert pula, Aina memaklumkan jualan tiket sudah terjual lebih 85 peratus, meskipun ada yang memperkatakan mengenai harga tiketnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
9

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button