Cerita ArtisHiburan

Tanah RM2.75 Juta: Anak Jins Shamsuddin Fail Saman Terhadap Adik Sendiri

Anak sulung dan anak kedua Tan Sri Jins Shamsuddin, Jeffrey Jins dan Hang Tuah @ Shazrin Mohamed Jin mengambil tindakan undang-undang terhadap anak ketiga seniman, Putera Hang Jebat atas dakwaan memalsukan dokumen surat wakil kuasa sebidang tanah yang dianggarkan bernilai RM2.75 juta di Ulu Kelang, Selangor.

Tanah seluas 0.265 hektar itu dipercayai dijual pada 2015 di luar pengetahuan Jeffrey dan Tuah.

Menerusi satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara hari ini, Tuah berkata dia telah menfailkan writ saman pada 3 Januari lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam menerusi peguam, Mohd Iskandar Ismail.

“Ini merupakan langkah terakhir saya selepas bermacam cara saya cuba untuk berbincang tidak dilayan oleh Jebat.

“Saya mengambil tindakan ini sebagai menuntut keadilan kepada abang sulung saya yang sehingga kini tidak pernah mendapat apa-apa harta daripada arwah Tan Sri.

“Saya pergi ke Pejabat Tanah Gombak pada 2015 selepas dinasihatkan oleh peguam dan dari situ baharu saya tahu tanah milik arwah ayah telah dijual.

“Saya mengesyaki tanah itu dijual dengan menggunakan tanda tangan palsu arwah sedangkan pada ketika itu arwah menghidap penyakit Alzheimer (nyanyuk) mustahil untuk arwah menurunkan tanda tangan dengan kemas.

“Sehubungan itu, saya dan abang saya Jeffrey telah menfailkan saman bagi tuntutan ganti rugi serta deklarasi pemalsuan surat kuasa wakil dan pindahmilik tanah tersebut.

“Sebelum meningggal memang arwah tidak pernah membuat sebarang wasiat atau faraid berhubung harta-hartanya.

“Tapi arwah pernah berkata kepada saya yang dia memang mahu berikan kesemuanya secara sama rata kepada keempat-empat anaknya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Tuntutan itu dibuat kepada tiga defendan iaitu defendan pertama, Jebat, peguam Jebat iaitu Rosal Azimin Ahmad selaku defendan kedua dan defendan ketiga, Barakatul Kamaria Ahmad yang merupakan pemilik terkini tanah tersebut.

Tan Sri Jins pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu yang pertama dengan Rahmah Rahmat yang merupakan ibu Jeffrey, 57.

Tuah, 45, merupakan anak hasil perkahwinan kedua arwah dengan Jamilah Shukor pada 1973.

Kemudiannya arwah berkahwin kali ketiga dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan mempunyai dua anak lelaki, Putera Hang Jebat, 32, dan Putera Hang Nadim, 29.

Tan Sri Jins meninggal dunia pada 1 Mac 2017 akibat sesak nafas dan dikebumikan Masjid Al-Ridhuan, Ulu Kelang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button